fbpx
Home Tempat Menarik Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat

Arnab Village semakin dikenali dan dikunjungi oleh masyarakat setempat. Peminat haiwan yang comel ini pasti tidak akan lepaskan peluang untuk berkungjung ke sini. Taman arnab ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat apabila berkungjung ke Ranau.

Walaupun hanya arnab sahaja tetapi anda pasti akan tertarik kerana pelbagai jenis arnab terdapat di sini. Aksi-aksi arnab pasti dapat menghilangkan tekanan yang dialami. Anda berpeluang untuk pegang dan memberi arnab makan. Ianya pasti satu aktiviti yang seronok dan menarik.

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke Arnab Village sekiranya datang ke Ranau Sabah. Si comel pasti menunggu kedatangan anda.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kg. Kibas,89308 ranau Ranau, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 010-955 0019
  • Waktu Operasi : 9:00 pagi – 5:00 ptg
  • Facebook : Arnab Village Ranau
  • Peta Lokasi : 

Aktiviti Sesuai

Tempat ini sememangnya sesuai bagi anda yang menyukai haiwan yang comel ini. Di sini, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan diperolehi daripada kaunter pendaftaran tadi. Anda juga boleh bermain, mengusap, bergambar dan sebagainya selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau kecederaan terhadap arnab-arnab ini.

Tiada masa yang dihadkan dalam memasuki taman ini, bermakna anda boleh berada di taman ini sebaik dibuka sehingga ditutup pada waktu petang. Arnab yang terdapat dalam taman ini sangat jinak dan akan berusaha mendekati anda dengan harapan diberikan makanan.

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat

Harga Tiket Masuk

Yuran untuk masuk yang dikenakan adalah percuma bagi kanak-kanak manakala orang dewasa pula hanya perlu membayar RM 3.00 setiap orang. Tiket perlu diperolehi daripada kaunter tiket sebelum masuk ke taman ini.

Kemudahan

  • Tempat Meletak Kereta – Tempat letak kereta yang luas disediakan.
  • Kedai Cenderahati

Peraturan Untuk Pengunjung

Setiap lokasi yang selalu dikunjungi orang ramai mempunya peraturan masing-masing. Taman Arnab di Kampung Purakagis juga mempunyai peraturan seperti yang dinyatakan dalam gambarajah dibawah. Secara ringkasnya, jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap arnab di dalam taman.

 

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawat

 

Artikel asal – Tempat Menarik