fbpx
Home Aktiviti Menarik Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Memang seronok melancong tapi sudah pasti ramai yang memikirkan bajet percutian bukan? Bukan setakat bajet, malahan keselesaan penginapan juga penting dalam merancang sesebuah percutian, kalau ada yang tak kena, tak dapatlah anda nikmati percutian yang hanya boleh dirasai sekali-sekala ini.

kami menyenaraikan hotel atau Bilik Selesa Bawah RM170 Di Kota Kinabalu

 

Tune Hotel 1 Borneo

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Dengan harga yang agak murah ini anda mendapat sebuah penginapan yang sangat strategik terletak berdekatan dengan pusat tarikan pelancongan seperti Borneo Marine Research Institute (BMRI) Complex yang hanya 2.2 km dari hotel serta pusat membeli-belah.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Tune Hotel 1 Borneo yang bertemakan merah dan putih ini menawarkan tempat penginapan yang lengkap dengan kemudahan kedua-dua penyaman udara dan kipas, tandasnya pula lengkap dengan pancuran air panas dan pengering rambut. Di samping itu, di hotel ini juga terdapat kedai serbaneka untuk kemudahan anda membeli barangan keperluan sewaktu penginapan.

Alamat: Unit No. G-803, 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu

 

Hotel Sixty3

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Hotel bajet ini bukan sahaja berlokasi yang sangat strategik, malahan, dekorasinya yang agak moden dan menarik ini, mungkin membuat anda tidak menyangka yang harganya hanyalah bermula daripada RM90 sahaja.

Dari hotel ini, terdapat banyak tempat yang boleh dilawati yang kurang daripada 5 minit perjalanan kaki seperti Pasar Minggu Jalan Gaya, Lembaga Pelancongan Sabah, pusat membeli-belah Suria Sabah dan Terminal Feri Kota Kinabalu.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Hotel Sixty3 dihias dengan konsep moden menggunakan warna-warna natural yang sedap dipandang. Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan bar mini, kemudahan membuat air dan papan seterika.

Alamat: 63, Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu

 

Winner Hotel

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Hotel ini berada di pusat bandar Kota Kinabalu. Kedudukannya yang strategik menjadikan ia salah sebuah hotel yang menjadi pilihan ramai, lebih kurang dalam 5 minit perjalanan kaki anda boleh ke Gaya Street, Kompleks Membeli-belah Centre Point Sabah, Warisan Square dan Pasar Malam. Untuk menjamu selera pula apatah lagi, semuanya berada di sekitar hotel ini.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Setiap bilik di hotel lengkap dengan penyaman udara, bar mini, kemudahan membuat air dan lain-lain lagi. Yang menariknya, anda boleh menggunakan komputer secara percuma yang disediakan di lobi hotel. Tapi jangan risau, wifi percuma tetap boleh digunakan di setiap bilik.

Alamat: No. 9 & 10, Jalan Pasar Baru, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu

 

The Crown Borneo Hotel

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Hotel ini adalah pilihan yang tepat bagi anda yang inginkan sebuah penginapan yang berdekatan dengan lapangan terbang kerana perjalanan yang diambil hanyalah lebih kurang 15 minit dari hotel. Apa yang menariknya lagi, perkhidmatan shuttle untuk ke lapangan terbang juga disediakan secara percuma kepada para penginap hotel.

Antara tarikan pelancongan terdekat dengan hotel adalah Pantai Tanjung Aru, Taman Perdana dan gerai-gerai makanan malam yang hanya 15 minit berjalan kaki dari hotel.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Sebuah hotel yang bertema agak simple dan dalam masa yang sama dipengaruhi konsep royal. Setiap bilik di hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan perabot-perabot kayu, televisyen dan kemudahan membuat air. Tandas juga lengkap dengan pancuran mandian.

Alamat: 23 Jalan Pinang, 88100 Kota Kinabalu

OYO Room Center Point Mall

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Hotel ini terletak berdekatan dengan pasar Filipino Sabah dan Pasar Ahad Jalan Gaya yang mana kedua-duanya kurang 0.5 km dari hotel. Tarikan pelancongan terdekat adalah Muzium Negeri Sabah & Kampung Warisan yang hanya 2.1 km dari hotel.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan televisyen, peralatan mandian dan pengering rambut. Wifi percuma turut boleh digunakan di seluruh kawasan hotel. Terdapat kemudahan air tapisan yang disediakan di ruang legar.  Hotel ini adalah pilihan yang tepat bagi anda yang inginkan penginapan murah dan di lokasi yang strategik.

Alamat: Yomi Hotel Plot No.13-15, Yomi Convimart, 88000 Kota Kinabalu

Kinabalu Daya Hotel

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Hotel ini terletak di kawasan daerah komersial dan hiburan Kota Kinabalu. Terletak kurang 2 km dari hotel adalah Kota Kinabalu Central Market, Pasar Minggu, Pasar Filipino Sabah, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu Wetland Centre dan banyak lagi.

Dengan harga yang bermula dari RM120 ini anda dapat menginap di hotel yang amat mengambil berat tentang keselesaan tetamu. Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan kemudahan televisyen, wifi, kemudahan membuat air dan lain-lain. Terdapat sesetengah bilik yang menawarkan pemandangan  yang menyejukkan mata bandar Kota Kinabalu. Anda juga boleh memilih untuk menginap di bilik yang menyediakan dapur kecil.

Alamat: Lot 3 & 4, Blok 9 Jalan Pantai, 88000 Kota Kinabalu

 

TD Plaza Hotel

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Dari hotel ini, banyak kawasan terkenal yang boleh anda lawati dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Antara tempat-tempat yang boleh anda lawati tanpa perlu mengeluarkan wang untuk pengangkutan adalah seperti Pusat Membeli-belah Wawasan Plaza, Taman Tunku Abdul Rahman, Oceanus Waterfront Mall, Imago Shopping Mall, Pasar Kraftangan Filipino Sabah dan banyak lagi.

Setiap bilik di hotel ini berlantaikan parket dan lengkap dengan penyaman udara. Turut disediakan adalah kemudahan televisyen bersaluran satelit untuk anda tontoni sambil berehat-rehat di bilik, kemudahan menyeterika dan cerek. Untuk tandas, pancuran air panas juga disediakan.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Untuk ke lapangan terbang yang terletak dalam 10 minit pemanduan dari hotel, anda boleh mendapatkan khidmat shuttle yang disediakan pihak hotel dengan caj tambahan.

Alamat: Tingkat 3, Wisma San Hin, Plaza Wawasan, 1-1, Lorong Plaza Wawasan, 88000 Kota Kinabalu

Cititel Express Kota Kinabalu

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Hotel ini terletak berdekatan dengan pelbagai lokasi menarik di Kota Kinabalu. Kurang 5 km dari hotel terdapat Signal Hill Observatory, Sabah State Museum & Heritage Village, Atkinson Clock Tower, KK Esplanade dan banyak lagi.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan penyejuk udara dan berlantaikan kayu untuk keselesaan anda. Dengan harga bermula dari RM128 ini anda dapat menginap di sebuah hotel yang bukan sahaja selesa malahan berdekatan dengan pelbagai lokasi yang menarik.

Alamat: No. 1 Jalan Singgah Mata 1, Asia City, 88000 Kota Kinabalu

 

Tang Dynasty Park Hotel

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Hotel ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu iaitu hanya 4 km dari hotel. Sekiranya anda ingin membeli-belah sewaktu di Sabah, berdekatan hotel ini terdapat Imago Shopping Mall, Oceanus Waterfront Mall, Pasar Ahad Jalan Gaya dan lain-lain lagi yang terletak dalam kurang 2 km dari hotel. Dalam 0.5 km pula terdapat Muzium Negeri Sabah dan Kampung Warisan.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Setiap bilik di hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan bilik yang luas berpenghawa dingin, amat sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama ahli keluarga. Di samping itu, kemudahan lain adalah TV bersaluran kabel dan tandas yang lengkap dengan kemudahan mandian. Dengan harga permulaan sebanyak RM130, hotel ini memberikan anda sebuah penginapan yang sangat berbaloi berdasarkan lokasi dan kemudahan yang disediakan.

Alamat: Lot TL, 147, Jalan Belia, 88000 Kota Kinabalu

 

Celyn Hotel

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Celyn Hotel terletak di dalam pusat membeli-belah Giant, ini bermaksud anda dapat memilih tempat menjamu selera mengikut citarasa anda kerana banyak sekali pilihan kafe dan restoran di sini. Selain itu, untuk ke pusat bandar Kota Kinabalu, pihak hotel menyediakan perkhidmatan shuttle secara percuma kepada para pelanggan, dapatlah anda berjimat dari segi pengangkutan juga.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Setiap bilik di hotel ini berkonsepkan kontemporari dan kelihatan elegan. Bilik yang amat selesa ini juga lengkap dengan TV plasma bersama pemain DVD serta wifi percuma.

Alamat: Unit S-0-30, Block F, Ground Floor, City Mall, Jalan Lintas, 88450 Kota Kinabalu

 

Oceania Hotel

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Konsep hotel ini adalah sangat menyegarkan, bukan sahaja unik malahan menyejukkan mata. Seperti namanya Oceania Hotel, setiap bilik di hotel ini dihias dengan konsep yang bercirikan pantai yang tenang. Tema yang digunakan adalah warna-warna seperti pasir di laut dan biru laut. Apa kata anda booking bilik di hotel ini dulu untuk merasakan pengalamannya.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, TV bersaluran satelit, kemudahan membuat air, cerek, seterika dan banyak lagi untuk kemudahan anda yang menginap di hotel ini. Yang menariknya lagi, dari bilik di hotel ini anda dapat menikmati pemandangan yang indah sekitar Kota Kinabalu. Berbaloi bukan?

Alamat: Lot 60-64, Lorong Ikan Juara 5, Sadong Jaya, 88000 Kota Kinabalu

 

The Palace Hotel

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Cuba tanya diri anda, apa yang anda inginkan sebagai seorang penginap di sesebuah hotel? Mungkin inilah yang dipraktikkan pihak hotel The Palace. Hotel yang dihias dengan penuh elegan dan moden ini menawarkan kemudahan spa, sauna, urutan, pusat kecergasan, kolam renang dan perkhidmatan shuttle yang percuma ke beberapa tempat seperti Centre Point, Suria Sabah dan Imago KK Times Square.

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Setiap bilik di hotel ini  berlantaikan kayu dan berkonsep moden. Dilengkapi dengan bar mini, TV bersaluran antarabangsa dan tandasnya pula lengkap dengan air panas untuk anda merehatkan badan selepas seharian makan angin di Kota Kinabalu. Harganya? Sudah pastinya  sangat berbaloi dengan fasilitinya yang begitu lengkap sekali.

Alamat: No. 1, Jalan Tangki, Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu

 

semua tempahan boleh melalui https://www.booking.com

untuk mendapatkan promosi dan harga promosi terbaik dari mereka

artikel penuh di – https://www.maisinggah.com/hotel-murah-di-kota-kinabalu/

Sumber-maisinggah