fbpx
Home Tempat Menarik : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching

[EDISI KONVO] : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching

Asyik Photoshoot Kat Tempat Sama? Ini Senarai Port Baik untuk Graduan Baru.

[EDISI KONVO] : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching. Bulan Oktober merupakan bulan graduasi bagi para pelajar yang melanjutkan pengajian di Sarawak. Majlis graduasi berganti-ganti antara institusi pengajian di Sarawak. Kebiasaannya, kalau dah dapat jubah konvo tu, mesti dah set dengan geng untuk photoshoot bersama sebagai tanda kenangan. Tapi, bila jurugambar tanya, nak photoshoot dekat area mana, masing-masing blur. Takkan nak buat kat tempat yang orang dah selalu pergi, nampak tak kreatif lah pulak kan?

1. Pelabuhan Kuching, Pending

Biasanya, kita tak pernah terfikir pun nak photoshoot dekat pelabuhan kontena macam ini. Tapi jurufoto muda tempatan, Adib Zakaria step up the game dengan mengambil gambar outdoor untuk pre-convo photoshoot berlatar belakangkan kontena. Stail doh!

[EDISI KONVO] : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching
Kredit : IG @adibzakaria.foto
[EDISI KONVO] : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching
Kredit : IG @adibzakaria.foto

2. Borneo744, Pending

Untuk mereka yang gemarkan vibe-vibe hipster, Borneo744 yang terletak di Pending ini mungkin menjadi salah satu pilihan dalam senarai tempat photoshoot anda. Tambahan pula kalau jurufoto anda suka bereksperimentasi dengan sudut yang berbeza, gambar kenangan anda pasti nampak rare dan lain dari yang lain.

[EDISI KONVO] : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching
Kredit : IG @ariffinhusaini
[EDISI KONVO] : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching
Kredit : IG @ariffinhusaini

3. Parking Rooftop CityOne Megamall

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat melepak masa study dulu. Takkan pergi mall masa belajar sahaja kan? Apa kata gambar terakhir anda di universiti anda abadikan di parking pusat membeli belah? Influencer tempatan, Ain Suhada Ahmad baru sahaja bergraduat tahun lepas dan menjadikan tempat letak kereta rooftop di City One Megamall sebagai port photoshoot convo beliau. Tak perlu jurufoto mahal, Ain hanya dibantu oleh suaminya yang juga merupakan influencer, Iqbal Harun.

Kredit : IG @ainsuhadaahmad
[EDISI KONVO] : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching
Kredit : IG @ainsuhadaahmad

4. Water Tower, Jalan Jambatan Batang Samarahan

Haaa, tempat ini memang jauh sikit dari kawasan bandar tapi kalau anda dah jumpa, memang worth it lah. Kawasan ini sedikit tersorok kerana anda perlu melalui jalan menuju ke Jambatan Batang Samarahan. Ambil simpang di sebelah kiri sebelum jambatan dan anda akan menemui satu kawasan water tower. Pemuda yang bernama Hamdan Mahili ini tampil di Instagram dengan gambar photoshoot convo yang memukau. Gambar duduk atas paip simen pun kacak. I kenot lah!

[EDISI KONVO] : Port Rare Untuk Photoshoot Konvo di Kuching
Kredit : IG @harmdonemedan
Kredit : IG @harmdonemedan
Kredit : IG @harmdonemedan

Banyak sebenarnya port photoshoot yang cantik di Kuching. Yang penting, anda pandai memilih jurufoto yang menepati citarasa anda. Kadang-kadang, gambar tepi rak kasut pun cantik kalau jurufoto pandai ambil angle dan edit. Taklah anda kecewa di kemudian hari.

Like dan share post ini serta tag kawan-kawan anda yang tengah cari idea nak buat outdoor photoshoot di mana. Mana tahu boleh membantu mereka yang bakal bergraduasi tahun ini. Tahniah dan selamat maju jaya!