in

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

106 Shares

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Bandar Kuching sememangnya destinasi percutian popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Dengan pelbagai tarikan menarik, budaya istimewa dan keindahan alam semula jadi yang mengkagumkan, bandar ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada sesiapa yang sudi melawatnya.

Disebabkan oleh populariti bandar ini sebagai destinasi pelancongan, terdapat pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan, membuat tugas memilih hotel sesuai agak sukar buat mereka yang pertama kali mengunjung ke bandar Kuching.

 

Tune Hotel Waterfront

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Rangkaian hotel Tune ini memang terkenal dengan tawaran bilik murah dan tahap keseleseaan yang amat memuaskan. Bilik standard di sini datang lengkap dengan bilik air persendiria dan, untuk memastikan keselesaan tetamu, setiap bilik juga dilenkapi dengan penghawa dingin, alas katil yang ditukar setiap hari dan tuala bersih. Hotel ini amat sesuai untuk mereka yang mencari hotel bajet di Kuching untuk merehatkan kaki selepas satu hari sibuk meneroka keindahan bandar tersebut.

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Tambahan pula, disebabkan anda berada di Jalan Tunku Abdul Rahman, terdapat banyak pilihan kedai makanan yang berdekatan dengan kawasan hotel.

Lokasi: Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching

 

Penview Hotel

Terletak di Bandar Kuching, Penview Hotel ini hanya 10 minit sahaja masa memandu ke pusat perniagaan Kuching.

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Apa yang memberi hotel ini keunikanya adalah perabot kayu yang menhiasi setiap pelusuk hotel tersebut. Jika itu tidak cukup untuk menawan hati, anda pasti akan jatuh cinta dengan keselesaan bilik di hotel ini yang serba lengkap dengan penghawa dingin, Wifi percuma dan bilik air persendirian.

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Hotel ini amat sesuai untuk mereka yang merancang untuk menghari majlis atau persidangan di Borneo Convention Centre kerana hotel ini hanya 10 minit sahaja masa memandu ke sana.

Lokasi: Lot 3411,Block D, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching, Malaysia

Memoire Hornbill Hotel

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Jika anda mencari hotel 3 bintang yang menawarkan bilik dengan harga yang berbaloi anda pasti akan jatuh cinta dengan Memoire Hornbill Hotel Kuching. Hotel yang terletak di bandar Kuching ini memberi tetamu pilihan antara 3 jenis bilik yang unik iaitu Urban Room, Urban Window Room dan Urban Deluxe Window Room.

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Melihat gambar sahaja anda dapat melihat betapa luas dan bersih bilik yang menimbulkan suasana ideal untuk merehatkan diri dihujung hari. Tambahan pula, bilik yang dihias moden ini juga datang lengkap dengan penghawa dingin, bilik air persendirian dan wifi percuma. Hotel ini juga hanya 4 kilometer sahaja dari tempat membeli belah popular, Kuching Waterfront Bazaar.

Lokasi: Central Park Commercial, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce,, 93200 Kuching

 

Harbour View Hotel

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Diiklankan sebagai pilihan utama business traveller, Harbour View Hotel ini menghadap Kuching Waterfront. Oleh kerana ini,  tetamu Harbour View Hotel dapat menikmati pemandangan panorama sungai Sarawak yang bakal menenangkan hati sesiapa saja yang melihatnya.

Selain daripada pemandanganya yang indah, kedudukanya yang strategik berhampiran dengan pusat perniagaan dan sistem pengangkutan awam, memudahkan anda merancang perjalanan semasa berada di sana nanti.

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Hotel ini menawarkan 245 bilik selesa, lengkap dengan penghawa dingin, bilik air persedirian, kemudahan membuat kopi segera dan TV skrin rata.  Tetamu juga berpeluang untuk menyinggah kedai antic dan cenderamata atau menikmati secawan kopi panas di café-café yang berdekatan dengan hotel tersebut.

Lokasi: Lorong Temple, 93100 Kuching

 

Telang Usan Hotel Kuching

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Tersorok di sebalik pohon-pohon hijau anda dapat menemui Hotel 3 bintang bernama Telang Usan Hotel Kuching. Apa yang membuat bilik di hotel ini unik adalah ia dihias dengan unsur-unsur budaya tempatan Sarawak.

Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching

Tetamu dapat memilih antara bilik standard atau deluxe. Setiap bilik datang lengkap dengan penghawa dingin, TV skrin rata, peti sejuk mini dan bilik mandi persendirian. Anda juga boleh menikmati secawan kopi panas di Dulit cafe yang boleh dijumpai didalam kawasan hotel.

Lokasi: Lot 340-345 Jalan Ban Hock, 93732 Kuching

 

Semua tempahan  hotel di atas boleh dibuat melalui WWW.BOOKING.COM

 

Artikel penuh di- https://www.maisinggah.com/hotel-murah-di-kuching/

106 Shares

Festival Kek Bulan Antara Budaya Kuching

Slide the City Menyerang Miri September Ini