fbpx
Home Tempat Menarik Roundabout Mantul yang Anda Hanya Jumpa di Sabah!

Roundabout Mantul yang Anda Hanya Jumpa di Sabah!

Replika Mercu Tanda di Sabah Jadikan Roundabout Setiap Daerah Nampak Ohsem.

Roundabout Mantul yang Anda Hanya Jumpa di Sabah! Bulatan atau roundabout adalah sesuatu yang biasa kita lihat semasa memandu terutamanya di kawasan yang sesak. Biasanya, hanya bulatan yang berskala besar yang mempunyai mercu tanda yang indah dan cantik. Siap ada air pancutan dan pancaran cahaya yang berwarna warni. Tapi tahukah anda bahawa roundabout di Sabah lebih advanced daripada itu?

Di Sabah, roundabout di setiap daerah di sana dihiasi dengan replika mercu tanda yang besar dan nampak “alive”. Ada binatang, ada tengkolok, ada teko, ada macam-macam lagi lah.

1. Teko Ajaib di Ranau

Roundabout Mantul yang Anda Hanya Jumpa di Sabah!
Kredit : FB Randolf Paza
Nampak? Memang betul-betul terapug beb! Kredit : Makmal Informasi

Di mana lagi anda boleh temui teko yang boleh terapung sendiri macam ini kalau tak di Ranau, Sabah.

2. Sigah Gergasi di Donggongon, Penampang

Roundabout Mantul yang Anda Hanya Jumpa di Sabah!
Roundabout Sigah menampilkan headgear tradisional Sabah dari pandangan sisi. Kredit : kudengking.blogspot.com

Sigah ialah sejenis hiasan kepala tradisional atau tanjak yang dipakai oleh lelaki di Sabah. Kepelbagaian warna dan corak sigah ini melambangkan daerah asal pemakainya. Uiinaa, bulatan pun ko bulih kasi tagap-tagap macam ini.

Roundabout Mantul yang Anda Hanya Jumpa di Sabah!
Pandangan depan. Kredit : Wikimapia
Roundabout Mantul yang Anda Hanya Jumpa di Sabah!
Pandangan belakang. Kredit : Foursquare

3. Halia dan Parang Besar di Tambunan

Perggh, kalau tengok dalam gambar nampak macam real lah halia ini.

4. Kubis Hijau di Kundasang

Roundabout Mantul yang Anda Hanya Jumpa di Sabah!
Kubis hijau di tengah bulatan Kundasang. Kredit : Dimensi Android
Kredit : Trendsmap

Dahlah hijau, nasib tak boleh petik. Kalau nak buat lauk kenduri pun ada lebih lagi kubis ini.

5. Kuda Gagah di Tuaran

Kudaku lari gagah berani. Hanya di Tuaran. Kredit : cycling-malaysia.com

Ada banyak lagi mercu tanda yang unik di setiap roundabout di Sabah ini. Anda semua pasti tidak akan bosan sepanjang pengembaraan anda di sini. Kalau anda ada masa, buat lah roadtrip bersama keluarga atau rakan-rakan untuk merakamkan kenangan anda di roundabout-roundabout unik di Sabah. Bulih bah kalau kau!

Jangan lupa like dan share post ini serta tag kawan-kawan Sabah anda. Mana tahu ada yang rindukan kampung halaman masing-masing.