Timbalan Ketua Menteri Sabah akhirnya tampil berdepan dengan pelajar UMS
Pelajar Demonstrasi Ketiadaan Air, Reaksi Timbalan Menteri Sabah Pula Tarik Perhatian Netizen. Tular di media sosial, dimana pelajar-pelajar berkumpul dan buat perhimpunan secara aman. Turut difahamkan juga bahawa, pelajr-pelajar tersebut telah menunggu selama 17 jam untuk menunggu maklum balas daripada menteri.
Susulan itu tular lagi video TikTok menunjukkan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmy Yahya, kelihatan marah dan bersedia untuk berdepan dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengadakan perhimpunan bagi membantah masalah bekalan air yang berterusan di negeri itu. Insiden ini telah menarik perhatian kepada masalah air yang serius di Sabah.
![Pelajar Demonstrasi Ketiadaan Air, Reaksi Timbalan Menteri Sabah Pula Tarik Perhatian Netizen](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/IMG_0013-1024x735.jpeg)
Pelajar Demonstrasi Ketiadaan Air, Reaksi Timbalan Menteri Sabah Pula Tarik Perhatian Netizen
Masalah bekalan air di UMS adalah isu utama, dengan universiti tersebut memerlukan 2.98 juta liter air sehari tetapi hanya menerima 2.7 juta liter, menyebabkan gangguan bekalan yang kerap. Jabatan Air Sabah, bersama dengan kerajaan negeri, sedang berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja akhir saluran bagi Fasa 2 Loji Rawatan Air (WTP) Telibong 2 menjelang akhir Januari 2024 untuk mengatasi kekurangan ini.
Selain itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, mengumumkan pembinaan enam telaga tiub di UMS yang dibiayai oleh peruntukan RM3 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Projek ini adalah langkah jangka pendek untuk memenuhi keperluan bekalan air segera universiti yang mempunyai sekitar 20,000 pengguna yang memerlukan sekurang-kurangnya lima juta liter air sehari.
![Pelajar Demonstrasi Ketiadaan Air, Reaksi Timbalan Menteri Sabah Pula Tarik Perhatian Netizen](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/IMG_0014-1024x723.jpeg)
Masalah bekalan air di Sabah diperburukkan oleh pelbagai faktor, termasuk kecurian air, kerosakan pada paip, dan perubahan iklim. Lebih separuh daripada pengeluaran air di negeri ini hilang disebabkan oleh masalah-masalah ini, dengan kecurian air menyumbang kira-kira 10% daripada kerugian tersebut. Kerajaan negeri juga sedang berusaha mencari penyelesaian jangka panjang seperti mengurangkan air tidak berhasrat (NRW) dan melaksanakan projek-projek seperti Empangan Papar.
Desakan pelajar-pelajar ini mengharapkan isu yang telah berkurun lamanya, agar cepat diselesaikan dengan segera.