Nasib malang anak gajah ditarik buaya ke dalam sungai
Tular Di Media Sosial, Buaya Heret Anak Gajah Di Sungai Kinabatangan Tarik Perhatian Ramai. Satu hantaran tular mengenai seekor buaya menggigit dan mengheret anak gajah telah menarik perhatian warganet.
Menerusi perkongsian di laman Facebook itu, seekor buaya dilihat menyeret seekor anak gajah pygmy dengan belalainya ke dalam sungai.x
![Tular Di Media Sosial, Buaya Heret Anak Gajah Di Sungai Kinabatangan Tarik Perhatian Ramai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/Screenshot-2024-06-18-at-1.13.37 PM-599x1024.png)
Bagaimanapun, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan buaya tersebut. Malah, segelintir netizen turut mempersoalkan bagaimana buaya itu boleh makan gajah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berasa kasihan melihat nasib anak gajah itu dan berharap agar jabatan pemuliharaan Kinabatangan dapat menembak buaya tersebut supaya ia tidak meragut nyawa gajah lagi.
“Harap-harap jabatan pemuliharaan Kinabatangan tembak je sang bedal nie memang silap haribulan ibu sgla bpa gajah di makannya..sedih tgok ank elephant dimkn buaya,” ujar salah seorang pengguna di media sosial.