Pramugari Baik Hati Dari Sarawak Tular di TikTok
Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak. Tular di TikTok apabila seorang wanita berkongsi pengalaman manisnya dengan seorang pramugari AirAsia yang berjiwa mulia.
Dalam photo slide yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut menceritakan bahawa dirinya menaiki penerbangan pada pukul 5.10 petang. Oleh kerana terlalu sibuk dengan mesyuarat sepanjang hari, dia tidak sempat menjamah makanan sejak pagi.
![Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-78-1024x538.jpg)
Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak
Apabila dia ingin membeli makanan dalam penerbangan, transaksi kad debit tidak diterima. Dalam situasi tersebut, seorang pramugari yang baik hati datang menghampirinya dan menawarkan untuk membayarkan makanan menggunakan duit sendiri.
Pramugari tersebut juga memberikan nombor akaun kepada wanita tersebut untuk memudahkannya membayar balik kemudian.
“Dia cantik, manis, dan sangat baik,” kata wanita itu dalam postingnya.
“Terima kasih kerana begitu baik hati, saya benar-benar memerlukan makanan ketika itu kerana perut saya sangat sakit, tiada tenaga dan hampir pengsan. Anda menyelamatkan saya.”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut bersetuju bahawa pramugari itu bukan sahaja baik hati, malah cantik. Ramai yang memuji tindakan mulia pramugari tersebut dan mendoakan agar kebaikannya dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.
Menurut maklumat, pramugari yang berjiwa mulia tersebut berasal dari Kuching, Sarawak. Sikap pramugari ini bukan sahaja mencerminkan kebaikan individu tetapi juga melambangkan nilai murni yang ada dalam masyarakat Sarawak.